Hafizudin @ photography

Archive for the ‘malaysia’ tag

Friendly Football Match – Malaysia vs Korea

without comments

Friendly Football Match – Malaysia (blue) vs Korea (red) – Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur – in conjunction of 50 years of diplomatic relationship.

More images at : http://www.fam.org.my/pg2.asp?pcid=3

Written by Hafizudin

July 25th, 2010 at 5:29 am

Bengkel Asas Fotografi Digital 2010

without comments

.

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 2010.

Tarikh : 8 dan 9 Mei 2010 / (2 hari, 9 pagi hingga 5 petang)

Tempat : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
.
INTRO: Fotografi merupakan hobi yang kian berkembang dan kini ramai mampu untuk memiliki sebuah kamera digital dengan teknologi yang canggih.  Namun masih ramai yang tidak dapat memaksimumkan penggunaan kamera digital kerana kurang pengetahuan tentang asas fotografi.  Bengkel 2 hari ini diharap dapat menjadi titik lonjakan untuk anda agar dapat menikmati hobi ini (fotografi) dengan seronoknya, insyaAllah.
.
.
KANDUNGAN BENGKEL:
(1)  Asas pengetahuan tentang prinsip asas dalam fotografi, anatomi dan cara kerja kamera digital, serta teknik-teknik mengendalikan kamera dengan efektif.

(2) Aplikasi pengetahuan tentang pencahayaan, kemampuan kamera, prinsip susun atur dan beberapa tips asas untuk penghasilan gambar yang kreatif, termasuk penggunaan flash.

(3) Aliran kerja digital untuk memudahkan proses penghasilan gambar, penyimpanan, dan seterusnya percetakan gambar.  Pengenalan asas kepada beberapa perisian untuk menyunting (editing) foto digital.
.
.
SIAPA YANG DIGALAKKAN UNTUK MENYERTAI:
> terbuka kepada semua lapisan masyarakat (minima had umur ialah pelajar sekolah menengah) – mempunyai kamera digital sendiri (disyorkan kamera digital SLR).

> Mereka yang baru membeli kamera digital SLR.

> Pekerja atau majikan yang memerlukan pengetahuan asas fotografi untuk membantu tugasan seharian

> Sama ada ingin menjadikan fotografi sebagai hobi atau sumber pendapatan sampingan.

> Pelajar sekolah atau remaja yang ingin mengetahui asas fotografi sebelum melanjutkan pelajaran di institiusi yang menawarkan bidang fotografi.
.
.
YURAN
> termasuk makan tengah hari, nota kursus, dan sijil
> PELAJAR SEKOLAH & IPT SEPENUH MASA= RM200.00 ; *** Ijazah Sarjana Muda ke bawah.

>  BUKAN PELAJAR = RM280.00
> Pesanan Kerajaan @ LO diterima – sila hubungi penganjur untuk sebut harga.
> Peserta yang membuat pembayaran tunai sebelum 01-05-2010 diberi diskaun sebanyak RM20.00.
.
.
UNTUK MENYERTAI:
[1] sila buat pembayaran deposit sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan jika peserta menarik diri) ke akaun ‘HARUMMANIS STUDIO’, Bank Islam (090-100-100-555-26)

[2] kemudian, hantar emel atau sms nama penuh, dan catatan pembayaran ke harummanis@gmail.com dengan tajuk ‘daftar bengkel asas fotografi 2010′.  Pihak anda akan dihubungi untuk sebarang maklumat terkini bengkel.  Resit akan diberikan untuk deposit, dan pembayaran penuh.

[3]  Menghadiri bengkel pada tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan serta mengikuti bengkel dari awal hingga tamat.
.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

— Pihak penganjur tidak menyediakan peralatan fotografi untuk peserta,
.
Perlu sediakan:
[1] kamera digital SLR + lensa standard/kit lens,
[2] bateri dan kad memory secukupnya.
.
Selain itu, peralatan yang boleh dibawa tetapi tidak wajib ialah
[3] flash / speedlight
[4] tripod, monopod
[5] komputer riba – untuk tujuan asas aliran kerja foto digital, suntingan.

Adalah diharapkan agar bengkel ini akan dapat menjadi titik lonjakan kepada anda yang ingin memulakan hobi atau mendalami fotografi.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:

012-5389031 / Hafizudin / harummanis@gmail.com .

– SELAMAT MENYERTAI BENGKEL ASAS FOTOGRAFI DIGITAL DAN SEMOGA BEROLEH MANFAAT YANG BERGUNA –

CATATAN – Kursus, bengkel, Seminar yang penah diadakan:
[1] Bengkel Asas Fotografi Digital – 18-19 Julai 2009
[2] Seminar: Ingin Jadi Jurufoto Perkahwinan – 15 Ogos 2009
[3] Bengkel Asas Pencahayaan (Lampu Studio & Flash) – 17 Oktober 2009
[4] Kurus Asas Fotografi Digital untuk IKM Alor Setar – 1-3 Mac 2010

Written by Hafizudin

May 3rd, 2010 at 5:09 am